Polis Sabah terima 34 unit motosikal, mantapkan tugas URB

Polis Sabah terima 34 unit motosikal, mantapkan tugas URB

KOTA KINABALU, 4 April (Bernama) – Polis Kontinjen Sabah hari ini menerima 34 motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dalam usaha memantapkan lagi usaha pencegahan jenayah bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata motosikal URB berkenaan akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Tuaran, Sipitang, Kota Merudu, Beaufort dan Unit Pelancong Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“URB banyak membantu dalam usaha pencegahan jenayah dan ia sudah tentu akan membantu kita meningkatkan (kecekapan) ‘masa tindak balas’ kehadiran anggota polis di lokasi tertentu.

Dulu rondaan dibuat dengan berjalan kaki dan dengan adanya URB kita boleh memperluaskan lagi rondaan. Tumpuan rondaan ialah di kawasan-kawasan bandar, perumahan serta tumpuan awam,” katanya pada majlis penyerahan motosikal URB berkenaan di sini, Isnin.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kes penculikan empat rakyat Malaysia di kawasan perairan Pulau Ligitan Jumaat lepas, Abdul Rashid berkata setakat ini pihaknya belum menerima maklumat mengenai keadaan mangsa dan siasatan sedang dijalankan.

“Kita belum menerima apa-apa perkembanagan positif mengenai kes berkenaan.