Polis sahkan gambar mangsa culik

Polis sahkan gambar mangsa culik

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) – Polis mengesahkan gambar dimuat naik dalam satu akaun Facebook adalah empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedia maklum mengenai akaun Facebook dengan nama ‘Victor Troy Poz’ itu.

“Saya sedia maklum mengenai akaun terbabit dan polis sedang giat menjalankan siasatan. Pihak polis turut sedang mengesan sekiranya akaun Facebook itu telah dibuat di dalam negara ataupun di luar negara,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Gambar tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun terbabit pada Ahad lepas.