Polis sahkan kes bunuh diri

Polis sahkan kes bunuh diri

Oleh Siti Hajar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Pasukan Polis Diraja Brunei mengesahkan kematian seorang seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 30 tahun yang mana mayatnya ditemui pada hari raya pertama yang lalu sebagai kes bunuh diri.

Dalam satu kenyataan di sini, polis berkata, mangsa telah bekerja di negara ini selama dua bulan sebelum mayatnya ditemui oleh ibu kepada majikannya.

Menurut laporan terdahulu, mayat mangsa ditemui pada 18 Julai lalu, kira-kira jam 8.30 pagi dalam bilik mandi rumah majikannya di Jalan Pasir Berakas.

Hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan lilitan pada leher mangsa seperti tergantung dan tidak ada tanda-tanda sebarang perbuatan khianat, menurut laporan tersebut.

Keluarga wanita tersebut dilaporkan sebagai berkata, mangsa telah menghubungi mereka sehari sebelum insiden itu berlaku, sambil memaklumkan yang dia (mangsa) dalam keadaan baik serta merancang untuk mencari kerja di tempat lain.

Mayat mangsa telah dihantar pulang ke Jakarta pada malam 23 Julai dan tiba di Lombok pada pagi 24 Julai lalu, dengan kos penghantaran dibiayai oleh majikan dan agensi pekerjaan berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA