Polis sambut lelaki terjun dari bangunan dengan jadi ‘tilam’

Polis sambut lelaki terjun dari bangunan dengan jadi ‘tilam’

BEIJING, 26 Julai (Agensi) – Seorang anggota polis menjadi wira apabila menyelamatkan lelaki yang terjun dari tingkat empat sebuah bangunan di Guangxi, selatan China.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan ingin membunuh diri, sebelum orang ramai menghubungi polis. Pegawai polis berkenaan, Liang Xiao tiba awal di tempat kejadian. Namun disebabkan pasukan penyelamat lain masih belum tiba, dia menjadikan dirinya sebagai tilam penyelamat.

Laporan media tempatan menyatakan, Liang Xiao berbaring untuk menyambut lelaki terbabit. Tindakan nekad itu berjaya menyelamat lelaki berkenaan, walaupun Liang turut mengalami kecederaan.

Video aksi menyelamat itu mula dimuat naik di LiveLeak.com mendapat pujian orang ramai dari seluruh dunia. Ramai yang menyatakan tindakan pegawai polis muda itu wajar dicontohi walaupun membahayakan dirinya.

ARTIKEL YANG SAMA