Polis Sarawak cadang wujud lebih banyak IPD dan balai polis

Polis Sarawak cadang wujud lebih banyak IPD dan balai polis

KUCHING, 30 Sept (Bernama) – Polis Sarawak berharap dapat mewujudkan lebih banyak ibu pejabat polis daerah (IPD) serta balai polis di negeri itu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dr Chai Khin Chung berkata cadangan tersebut selaras dengan pembangunan pesat negeri itu selain sebagai tindakan

jangka panjang Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya dalam lawatan perpisahan di IPD Padawan di Siburan, di sini hari ini.

Chai berkata antara bandar yang memerlukan IPD baharu adalah Matu-Daro dan Dalat di Bahagian Mukah dan bandar Serian.