Polis sempadan Israel bunuh warga Palestin

Polis sempadan Israel bunuh warga Palestin

BAITULMUQADDIS, 13 Julai – Seorang anggota polis sempadan Israel telah menembak mati seorang warga Palestin dan mencederakan yang lain di Tebing Barat yang diduduki hari ini apabila mereka cuba menyasarkan kenderaan mereka ke arah anggota polis, menurut jurucakap tentera wanita.

Para pegawai itu telah menjalankan operasi pencarian di Al-Ram, timur laut Baitulmuqaddis, semasa mereka menemui sebuah bengkel senjata dan mereka ternampak kereta berkenaan menuju ke arah mereka, menurut jurucakap wanita.

Salah seorang anggota polis sempadan, yang ‘berasa terancam’, telah melepaskan tembakan, tambahnya.

Orang ketiga juga warga Palestin dalam kenderaan itu telah ditangkap.

Pasukan keselamatan Israel telah melancarkan tindakan keras ke atas bengkel senjata tersembunyi di Tebing Barat, menutup 16 buah sejak permulaan tahun ini, kata pegawai askar kanan, kelmarin. – AFP