Polis serbu kampung ‘penghambaan’

Polis serbu kampung ‘penghambaan’

BUCHAREST, 14 Julai – Penduduk sebuah kampung di selatan Romania telah menculik budak lelaki dan menjadikan mereka penghambaan pada zaman moden, dengan merantai, mendera dan memalukan mereka, menurut pihak berkuasa.

Polis menjalankan serbuan skala besar di Berevoiesti, 170km utara Bucharest, pada Rabu dan membebaskan lima orang termasuk dua kanak-kanak. Mereka masih lagi menyiasat sekitar 90 suspek.

Tawanan itu telah ‘dirantai….dipukul dan dimalukan’, dibiarkan lapar dan makan sisa makanan, kata pendakwa raya dari DIICOT yang menganjurkan unit siasatan jenayah.

Kira-kira 40 mangsa yang diculik itu telah ‘ditangkap di tempat awam, berhampiran gereja atau stesen kereta api, atau di rumah mereka’ sejak 2008 dan dipaksa untuk melakukan tugas harian, menjaga haiwan dan melakukan kerja pembalakan haram, menurut pendakwa raya. – AFP