Polis serbu sarang militan, rampas bahan letupan

Polis serbu sarang militan, rampas bahan letupan

DHAKA, 4 April (AFP) – Polis Bangladesh mengatakan hari ini mereka telah merampas sejumlah besar bahan letupan dari tempat persembunyian militan Islam yang disyaki di mana dua orang yang membuat bom tangan telah terkorban.

Polis menemui 20 bom tangan dan kuantiti besar gel bahan letupan yang digunakan untuk menghasilkannya serta empat pistol apabila mereka menyerbu sebuah rumah di utara negara tersebut.

“Kira-kira 200-300 bom tangan boleh dihasilkan daripada gel berkenaan yang kami telah rampas dari rumah tersebut,” kata ketua polis daerah Sherpur, Mohammad Asaduzzaman memberitahu AFP menerusi telefon.

“Para pegawai kami menyerbu bangunan itu selepas dua orang ditemui cedera ketika mereka sedang membuat bom tangan di sebuah rumah pada malam Ahad. Mereka meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” tambahnya.

Ketua balai polis tempatan mengatakan kedua-duanya disyaki anggota kumpulan militan Jamayetul Mujahideen Bangladesh (JMB).

“Kami belum lagi mengenal pasti identiti mereka. Namun kami mensyaki rumah berkenaan telah digunakan oleh JMB,” kata Khan Erfan kepada AFP.

“Bahan letupan yang kami temui di rumah berkenaan adalah serupa dengan apa yang telah digunakan oleh kumpulan tersebut.”

ARTIKEL YANG SAMA