Polis siasat ancaman terhadap anak Vardy

Polis siasat ancaman terhadap anak Vardy

LONDON, 5 April (AFP) – Polis sedang menyiasat ancaman seksual dilakukan di Twitter terhadap anak perempuan penyerang Leicester City dan England, Jamie Vardy yang berusia setahun.

Ancaman itu hadir selepas tunang penyerang skuad Foxes menyiarkan gambar anak pasangan berkenaan memakai jersi Leicester sebelum kemenangan pendahulu Liga Perdana 1-0 berdepan Southampton Ahad lalu.

Polis Leicestershire melancarkan siasatan terhadap ancaman berkenaan selepas laporan formal dibuat semalam.

Rebekah Nicholson menyiarkan gambar bayi perempuannya memakai kemeja T dengan tulisan ‘Daddy’ di bahagian belakang dan ia mendorong ancaman rogol dalam laman sosial itu.

Nicholson membalas dengan berkata: “Tiada perkataan boleh digambarkan untuk orang seperti anda! Anda perlu dipenjarakan.”

Sementara itu, Vardy mengeluarkan kembali paparan ancaman itu dengan perkataan “mengejutkan dan keji.”

ARTIKEL YANG SAMA