Polis Slovakia cederakan wanita Syria

Polis Slovakia cederakan wanita Syria

BRATISLAVA, 9 Mei (dpa) – Polis Slovakia mencederakan seorang wanita Syria apabila mereka membuka tembakan pada sekumpulan penghijrah yang cuba melarikan diri menggunakan sebuah kereta, agensi berita TASR melaporkan hari ini.

Polis Kastam mengarahkan empat buah kereta untuk berhenti pada awal hari ini bagi satu pemeriksaan di Velku Merder, kawasan tenggara ibu negeri, Bratislava, dan berdekatan sempadan dengan Hungary, namun seorang pemandu mencuba untuk melarikan diri.

Empat penghijrah berada dalam kereta itu, lapor agensi itu.

Bagaimanapun pihak polis menolak untuk memberikan sebarang ulasan. Seorang jurucakap dari hospital berdekatan mengesahkan bahawa seorang wanita berusia 26 tahun dari Syria dalam keadaan stabil selepas pembedahan dan sebutir peluru telah dikeluarkan dari belakang badannya.

Pihak berkuasa Slovakia pada awalnya berkata bahawa penghijrah dalam laluan ke Jerman melihat bagi satu laluan melalui Slovakia dan Republik Czech untuk memintas sempadan yang dikawal ketat di antara Hungary dan Austria.

Slovakia dan negara-negara Timur Eropah yang lainnya telah menjadi musuh kepada penghijrah apabila jumlah mereka meledak tahun lepas dan telah mencabar satu skim EU untuk pengagihan semula pencari suaka di seluruh bloc.