Polis tahan 15 ahli penyeludup manusia

Polis tahan 15 ahli penyeludup manusia

SARAJEVO, 23 Jun (AFP) – Polis Bosnia dan Perancis menahan 15 ahli perdagangan manusia yang memaksa wanita dan kanak-kanak untuk merayu dan mencuri di bandar-bandar Perancis, pihak berkuasa Bosnia berkata.

Tujuh suspek telah ditahan di Bosnia dan lapan di Perancis, menurut polis tersebut.

Pihak berkuasa mendapati beberapa kanak-kanak dalam sebuah di tengah Bosnia kepunyaan sindiket tersebut, jurucakap polis Kristina Jozic memberitahu AFP.

Ia belum jelas sama ada kanak-kanak tersebut, yang berada di situ, telah diculik atau anak kepada perempuan yang dieksploitasi oleh sindiket tersebut.

“Ia tidak munasabah untuk mengetahui identiti kanak-kanak tersebut atau siapa ibu-bapanya,” ujar Jozic.

Pengedar tersebut disyaki merekrut wanita-wanita dan menganjur perjalanan mereka ke Perancis sejak 2012.

Para wanita dan kanak-kanak terlibat terdedah dengan ugutan, penderaan fizikal dah psikologi, polis berkata dalam satu keterangan.

“Apabila di sana, mereka dipaksa mencuri di jalanan dan memberikan wang kepada sindiket. Dalam beberapa kes, kanak-kanak juga jadi mangsa,” ujar pihak polis lagi.

ARTIKEL YANG SAMA