Polis tahan 17 pembantah kenaikan tambang bas

Polis tahan 17 pembantah kenaikan tambang bas

SAO PAULO, 13 Jan (Reuters) – Seramai 17 orang ditahan kerana membantah kenaikan tambang bas di sini dan memaksa polis tentera menggunakan gas pemedih mata dan bom asap bagi menyuraikan mereka.

Pegawai keselamatan berkata, mereka memutuskan untuk menggunakan gas pemedih mata selepas penunjuk perasaan dari Free Fare Movement cuba melepasi hadangan polis ketika membuat demonstrasi kedua bulan ini.

Rakyat Brazil tidak berpuashati akibat kenaikan tambang pengangkutan awam berikutan kadar inflasi lebih 10 peratus melanda negara itu pada ketika keadaan ekonomi merosot dan pengangguran meningkat.

Polis berkata, kira-kira 3,000 orang menyertai demonstrasi yang diketuai kumpulan sama pada 2013 yang berjaya mengumpul beratus ribu peserta.

Free Fare Movement yang juga dikenali MPL menerusi Twitter berkata, polis bertindak secara keterlaluan dan menyebabkan berpuluh peserta mengalami kecederaan.

Penunjuk perasaan mengangkat tangan mereka semasa protes terhadap kenaikan tambang bas bandar di Sao Paulo. – Reuters
Penunjuk perasaan mengangkat tangan mereka semasa protes terhadap kenaikan tambang bas bandar di Sao Paulo. – Reuters