Polis tahan dua lelaki dan seorang wanita geng samun bersenjata api

Polis tahan dua lelaki dan seorang wanita geng samun bersenjata api

LAHAD DATU, 12 – Polis menumpaskan satu kumpulan samun menggunakan senjata api selepas menahan dua lelaki dan seorang wanita kira-kira empat jam selepas menyamun sebuah premis menjual pakaian di Bandar Tabanak, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata suspek yang berusiaantara 24 dan 30 tahun itu ditahan pukul 2.30 petang dalam operasi Op Tutup di Jalan Kunak, dekat sini.

“Hasil tindakan pantas dan maklumat awam, polis dengan bantuan anggotadari Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak berjaya menahan suspek dan merampasbeberapabarangan hasil samun,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Hamzah berkata, dalam insiden samun kira-kira pukul 10.45 pagi semalam, seorang pekerja premis menjual pakaian itu didatangi dua lelaki danseorangdaripada mereka telah mengacukan pistol ke arah mangsa dan bertindakmengambil beg tangan termasuk telefon bimbit milik mangsa, sebelum melarikan diri.

“Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan dan hasil tindakan pantas penyaluran maklumat tersebut, polis berjaya mengesan dan menahan duasuspek itu bersama seorang wanita.

“Polis menemui semula semua barang yang disamun dan turut merampas sepucuk pistol jenis Pietro Baretta berserta satu kelopak tanpa peluru,” katanya. – Bernama