Polis tahan guru reka cerita tentang serangan

Polis tahan guru reka cerita tentang serangan

PARIS, 15 Dis (dpa) – Seorang guru sekolah tadika Perancis yang mendakwa telah diserang oleh lelaki yang melaungkan Islamic State telah dibawa ke pengadilan kerana dipercayai mereka-reka cerita itu, menurut pejabat pendakwa tempatan hari ini.

Lelaki itu mendakwa dia telah diserang dalam bilik darjah Aubervilliers kelmarin oleh lelaki bertopeng bersenjatakan pemotong kotak.

Dia dirawat atas cedera ringan yang menurut Kementerian Pendidikan, perbuatan itu telah dilakukannya sendiri.

Selepas penilaian psikiatri menemui pertimbangannya adalah lemah, guru berusia 45 tahun itu dipindahkan ke hospital, menurut pejabat pendakwa.

Pendakwa mengatakan motif bagi tindakan guru itu masih lagi belum jelas.

Agensi berita Perancis, AFP melaporkan bahawa guru berkenaan telah digantung kerja.

ARTIKEL YANG SAMA