Polis tahan lapan lelaki Iran, rampas dadah RM1.5 Juta

Polis tahan lapan lelaki Iran, rampas dadah RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) – Polis telah merampas syabu bernilai RM1.5 dan menahan lapan lelaki warga Iran dalam operasi di sekitar Lembah Kelang.

“Penahanan itu dilakukan dalam tempoh kira-kira lapan jam malam semalam dan telah melumpuhkan sindiket yang membawa syabu dari Iran untuk diedarkan di negara ini,” kata pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

“Bagaimanapun kami percaya ada lagi saki-baki sindiket ini yang masih bebas. Kami akan memburu mereka.”

Datuk Seri Mohd Mokhtar Shariff (kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukkan sebahagian rampasan dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta pada sidang media di Bukit Aman, kelmarin. – Bernama
Datuk Seri Mohd Mokhtar Shariff (kanan) bersama pegawai-pegawainya menunjukkan sebahagian rampasan dadah jenis syabu bernilai RM1.5 juta pada sidang media di Bukit Aman, kelmarin. – Bernama

Katanya operasi dijalankan sepasukan anggota dan pegawainya bersama STING (Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik) dari pukul 4 petang sehingga pukul 11.25 malam.

Kesemua suspek berumur 23 hingga 47 tahun ditahan di Dang Wangi, Sri Hartamas, Kepong, Bandar Kinrara dan Seri Kembangan, Mohd Mokhtar memberitahu pemberita di Bukit Aman hari ini. Katanya polis menemui makmal mini di sebuah unit kondominium di Jalan Cendana di sini yang digunakan untuk memproses semula dan membungkus syabu.

ARTIKEL YANG SAMA