Polis tahan pegawai FIFA

Polis tahan pegawai FIFA

SAN FRANCISCO, 27 Mei (Reuters/AFP) – Pihak berkuasa di Zurich, Switzerland hari ini menahan beberapa pegawai tinggi FIFA berhubung dakwaan rasuah dan akan ekstradisi mereka ke Amerika Syarikat, lapor New York Times (NYT).

Mengikut NYT yang memetik pegawai, kesalahan pegawai FIFA berkenaan termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan penipuan pemindahan wang yang berlanjutan sejak lebih dua dekad membabitkan pertubuhan itu yang memayungi sukan bola sepak dunia.

Lebih daripada 10 pegawai dijangka didakwa, lapor akhbar itu. Enam pegawai yang ditahan itu di Zurich menghadiri Kongres FIFA yang mana Sepp Blatter, penyandang jawatan presiden sekarang akan dicabar Putara Ali Al Hussein dalam pemilihan pada Jumaat ini.

Pegawai-pegawai yang ditahan polis ialah Presiden Persekutuan Bola Sepak Venezuela Rafael Esquivel, bekas presiden CONMEBOL Nicolas Leoz, Presiden CONCACAF dan Kepulauan Cayman Jeffrey Webb, bekas naib presiden FIFA Jack Warner, Presiden Persekutuan Bola Sepak Costa Rica Eduardo Li, bekas naib presiden Eugenio Figueredo and Presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil Jose Maria Marin.

(Dari kiri) Rafael Esquivel, Nicolas Leoz, Jeffrey Webb, Jack Warner, Eduardo Li, Eugenio Figueredo dan Jose Maria Marin yang ditahan atas dakwaan rasuah. – AFP
(Dari kiri) Rafael Esquivel, Nicolas Leoz, Jeffrey Webb, Jack Warner, Eduardo Li, Eugenio Figueredo dan Jose Maria Marin yang ditahan atas dakwaan rasuah. – AFP

Sehubungan itu, FIFA hari ini berkata akan meminta penjelasan selepas tujuh pegawai tertinggi badan induk itu ditahan di sini atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat. Ini berikutan dakwaan ke atas mereka terbabit yang menerima rasuah berjuta dolar.

“Kami sudah melihat laporan media,” kata seorang jurucakap wanita FIFA kepada wartawan. “Kami mahu meminta penjelasan berhubung situasi ini. Kami tidak akan membuat sebarang komen ketika ini.”

Sementara itu, menurut laporan NYT menyebut kesalahan pegawai FIFA berkenaan termasuk penipuan, pengubahan wang haram dan penipuan pemindahan wang yang berlanjutan sejak lebih dua dekad membabitkan pertubuhan itu yang memayungi sukan bola sepak dunia.