Polis tangkap 20,000 orang menjelang festival tahun baru

Polis tangkap 20,000 orang menjelang festival tahun baru

BANGKOK, 12 April (dpa) – Polis Thailand menangkap lebih 20,000 orang menjelang cuti tahun baru negara itu, lapor media tempatan hari ini.

“Penangkapan itu akan membantu mencegah penjenayah daripada mengulangi jenayah mereka, termasuk perdagangan dadah, semasa festival tersebut,” kata timbalan ketua polis Winai Thongsong, menurut Bangkok Post.

Penangkapan itu berlaku antara 1 hingga 10 April dan menyasarkan suspek yang dikehendaki atas kesalahan mencuri, penggelapan wang, penipuan dan jenayah berkaitan dadah, menurut laporan itu.

Kebanyakannya ditahan di Bangkok, walaupun beberapa suspek dan kenderaan juga telah dirampas di wilayah sempadan selatan yang bergolak.

Festival tahun baru Thailand, yang dikenali sebagai Songkran, bermula pada 13 April.