Polis tangkap suspek IS

Polis tangkap suspek IS

DHAKA, 31 Mei (Reuters) – Polis di Bangladesh telah memberkas seorang yang disyaki anggota Kumpulan Kerajaan Islam (IS) di Dhaka, menurut seorang pegawai kanan hari ini, ekoran penahanan dua orang lagi tersangka dua hari sebelumnya, yang termasuklah seorang pengurus IT di sebuah anak syarikat Coca-Cola Co.

Tersangka itu yang telah ditahan malam semalam adalah penyelaras bagi IS di Bangladesh, Shaikh Nazmul Alam, timbalan pesuruhjaya Divisyen Perisikan Jenayah dan Detektif, memberitahu Reuters.

“Kami telah menangkapnya bersama beratus-ratus video berkaitan latihan bagi pelampau-pelampau Islam dan juga bilangan banyak buku tentang al-Qaeda dan IS yang telah diterjemahkan kepada bahasa Bangla,” katanya lagi.

Menurut polis lelaki yang ditahan itu ialah Abdullah Al Ghalib, bekas anggota Hizbut Tahrir, dan seorang pengikut Pasukan Ansarullah Bangla, dua kumpulan militan Islam di Bangladesh.

Alam berkata “Kami telah mengekorinya sekian lama dan memberkasnya malam semalam dari Banani, sebuah kawasan mewah bandar itu,”

Polis telah memberkas lebih dua dozen orang yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan Kerajaan Islam di tengah kebimbangan meningkat bahawa kumpulan itu boleh meluaskan pengaruhnya di kalangan orang Islam di Asia Selatan.

ARTIKEL YANG SAMA