Polis tangkap suspek rogol budak 4 tahun

Polis tangkap suspek rogol budak 4 tahun

NEW DELHI, 13 Okt – Polis India hari ini telah menangkap suspek utama dalam satu serangan mengerikan ke atas seorang budak perempuan berusia empat tahun yang diperkosa dan dikelar menggunakan pisau sebelum ditinggalkan di landasan kereta api.

Kanak-kanak itu yang kini berada di unit rawatan rapi, sebelumnya bermain berhampiran rumah keluarga mereka di kawasan miskin di New Delhi apabila dia dikatakan hilang pada Jumaat, dalam kejadian bersiri serangan seksual dahsyat di India.

Laporan mengatakan dia mengalami kecederaan dalaman yang teruk dan jelasnya telah dikelar menggunakan objek tajam. Polis percaya lebih daripada seorang yang terlibat dalam serangan dan sedang menyoal suspek selanjutnya, walaupun hanya satu tangkapan telah dibuat sejauh itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA