Polis Tawau gagalkan cubaan seludup 31 migran

Polis Tawau gagalkan cubaan seludup 31 migran

TAWAU, 26 Sept – Polis Tawau menggagalkan cubaan membawa masuk 28 migran warga Indonesia, termasuk tiga lelaki yang bertindak sebagai perantara, ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kira-kira pukul 12.30 pagi semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Tawau mengekori sebuah bas dari sebuah stesen minyak di Batu 5, Jalan Apas Tawau disyaki membawa migran.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini, semasa bas yang membawa migran itu sampai di kawasan Rawat dan Rehat (RnR) Balung, anggota polis yang mengekori telah menahan bas itu dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada pemandu bas tersebut.

“Ketika pemeriksaan, terdapat 15 lelaki termasuk pemandu, berusia 20 hingga 47 tahun; 11 wanita (17 hingga 59 tahun); dan dua kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berumur 2 hingga 12 tahun,” katanya.

Fadil berkata migran tersebut ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) AktaImigresen 16959/1963. Tangkapan terhadap tiga lelaki perantara itu, seorang daripadanya warga tempatan berumur 28 tahun dan dua lagi warga Indonesia yang mempunyai passport masing-masing berumur 32 dan 47 tahun, dibuat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2010. – Bernama