Polis tembak budak lelaki 13 tahun miliki pistol angin

Polis tembak budak lelaki 13 tahun miliki pistol angin

COLUMBUS, Ohio, 16 Sept – Polis di Ohio yang bertindak atas laporan rompakan bersenjata, menembak dan membunuh budak lelaki 13 tahun selepas didakwa menarik sepucuk pistol daripada pinggangnya yang kemudian didapati pistol angin.

Polis berkata, pegawainya bertindak atas laporan rompakan bersenjata membabitkan beberapa suspek pada malam kelmarin.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, mangsa memberitahu sekumpulan individu mendekatinya dan meminta wang dengan salah seorang daripadanya memiliki senjata.

Polis berkata, pegawai melihat tiga lelaki yang menyamai keterangan suspek dan cuba bercakap dengan mereka sebelum dua daripadanya melarikan diri.

Ketua Polis Columbus, Kim Jacobs memegang gambar menunjukkan senjata angin di mana polis berkata seorang budak lelaki berusia 13 tahun menarik sepucuk pistol dari pinggangnya sebelum dia ditembak dan dibunuh oleh polis. – AP

“Pegawai mengekori suspek lelaki ke satu lorong dan cuba menahan mereka apabila seorang daripada suspek menarik sepucuk pistol daripada pinggangnya. Seorang pegawai menembak suspek beberapa kali,” kata polis dalam satu kenyataan awal hari ini.

Suspek kemudian dikenal pasti sebagai Tyree King yang dibawa ke hospital kanak-kanak namun diisytiharkan meninggal dunia.

Polis berkata, selesai siasatan, mereka mengenal pasti pistol budak lelaki terbabit sebenarnya pistol angin (BB) dengan laser. Kejadian itu kini disiasat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA