Polis tembak suspek serangan bersenjata

Polis tembak suspek serangan bersenjata

BEIJING, 8 Sept – Polis China hari ini menembak dan mencedera seorang lelaki di pusat bandar Beijing yang menentang ketika ditahan selepas membunuh satu orang dan mencedera beberapa orang lain dengan pisau dapur, kata polis bandar di mikroblog rasmi mereka.

Mereka mengenal pasti tersangka sebagai seorang lelaki berusia 29 tahun dengan nama keluarga Song dari timur laut wilayah Heilongjiang dan berkata motif serangan pisau di sebatang jalan di daerah Chaoyang di Beijing sedang disiasat.

Tersangka dan mangsa dibawa ke hospital, kata polis. Kecederaannya tidak serius, kata mereka tanpa memberikan butir lanjut.

Perasaan sensitif orang awam terhadap serangan pisau di China telah dipertingkatkan oleh beberapa siri kejadian, termasuk kejadian tikam beramai-ramai di sebuah stesen kereta api pada Mac 2014 di barat daya bandar Kunming yang membunuh 31 orang.

Pada bulan lalu, seorang penyerang menikam seorang lelaki Perancis dan seorang wanita China di kompleks membeli-belah yang popular di Beijing, membunuh wanita berkenaan.

Jenayah ganas jarang berlaku di China, berbanding dengan kebanyakan negara lain, tetapi terdapatnya beberapa siri serangan pisau dan kapak dalam beberapa tahun ini, kebanyakannya ke atas kanak-kanak sekolah. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA