Polis Temburong anjur Cabaran Amal Bukit Patoi

Polis Temburong anjur Cabaran Amal Bukit Patoi

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 13 Mac – Daerah Polis Temburong dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi sambutan Hari Polis ke-95, Tahun 2016 telah menganjurkan aktiviti Cabaran Amal Bukit Patoi di Taman Rekreasi Bukit Patoi, Temburong, di sini, hari ini.

Cabaran tersebut mempertandingkan dua kategori terbuka bagi lelaki dan perempuan manakala acara ‘Fun Run’ dibuka kepada semua pengunjung bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Kedua-dua kategori yang dipertandingkan tersebut dibuka kepada warga jabatan kerajaan, maktab, sekolah, persatuan, mukim dan kampung, syarikat swasta dan individu di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Untuk Kategori Terbuka Lelaki yang disertai 45 peserta, tempat pertama telah dimenangi oleh Awang Sifli anak Ahar dengan catatan 25 minit, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Razali Sabli dan Awang Mohd Shah Azahar.

Tetamu ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama kategori lelaki, Awang Sifli dari Daerah Temburong.
Tetamu ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama kategori lelaki, Awang Sifli dari Daerah Temburong.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin bergambar ramai bersama para pemenang kategori perempuan.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin bergambar ramai bersama para pemenang kategori perempuan.

Manakala itu, Kategori Terbuka Perempuan pula menampilkan 25 orang peserta dengan tempat pertama telah disandang oleh Dayang Fatimah yang mewakili Daerah Tutong, sementara tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Dayang Cecellia dan Dayang Eleyina Sabtu.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor.

Penganjuran aktiviti seumpamanya diharap dapat menggalakkan para peserta mengamalkan cara hidup sihat dan beramal.

ARTIKEL YANG SAMA