Polis temui terowong dadah rahsia

Polis temui terowong dadah rahsia

BANDAR RAYA MEXICO, 24 April – Polis Mexico dan Amerika Syarikat telah menemui terowong rahsia yang digunakan untuk penyeludupan dadah merentasi sempadan antara Tijuana dan San Diego, menurut Pejabat Peguam Negara Mexico (PGR) yang diumumkan semalam.

Dalam kenyataan akhbar, PGR menyatakan bahawa polis Mexico telah menemui terowong, di negeri barat laut Baja California, semasa carian yang dianggap sebagai sebahagian daripada siasatan pengedaran dadah. Selepas mendapat waran geledah persekutuan, polis telah menggeledah sebuah rumah, dan mendapati pintu masuk ke terowong dalam almari sebuah bilik tidur.

Ahli-ahli kumpulan dadah telah dilengkapi dengan sebuah lif untuk menurunkan dadah itu ke dalam terowong, dengan sistem trek, pengudaraan dan pencahayaan.

Terowong itu berada di kawasan kejiranan Otay Mesa di San Diego, California, di mana pihak berkuasa AS merampas satu tan kokain dan lima tan ganja.

Polis hanya menemui 10 kilogram ganja marijuana di sebelah Mexico, yang mana telah dirampas sebagai bahan bukti. – Xinhua