Polis terus bantu kumpul bekalan darah

Polis terus bantu kumpul bekalan darah

Oleh Anwar Rosly

KUALA BELAIT, 25 Jan – Pasukan Polis Diraja Brunei dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Kementerian Kesihatan, hari ini, telah meneruskan Kempen Derma Darah Sempena Hari Polis ke-95 yang diadakan di Dewan Serba Guna Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga.

Seramai 39 orang telah mendermakan darah mereka semasa kempen berkenaan, yang mana darah yang berjaya dikumpulkan terus diserahkan kepada Pusat Pendermaan Darah Kementerian Kesihatan.

Menurut kenyataan Daerah Polis Belait, aktiviti seumpama ini diharapkan akan dapat membantu para pesakit yang memerlukan darah dan boleh menyelamatkan nyawa mereka yang amat memerlukannya.

Salah seorang anggota polis dari RU Kompeni ‘A’, Apo/Lans Koperal 6174 Pow Yin Khong juga menjadi contoh baik apabila menyertai dan menderma darah sebanyak 37 kali sejak tahun 2000.

pg06_160126_a

Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut.
Antara yang menyertai kempen derma darah tersebut.

Beliau kini berumur 35 tahun dan telah berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Brunei selama 15 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA