Polis teruskan kempen derma darah

Polis teruskan kempen derma darah

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jan – Sempena Sambutan Hari Polis ke-95 Tahun 2016, Polis Diraja Brunei (PDB) dengan kerjasama Pusat Menderma Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini meneruskan lagi Kempen Derma Darah di Dewan Polis Kawalan Diraja, Beribi.

Kempen derma darah yang bermula pada jam 9 hingga 11 pagi itu disertai oleh anggota Polis Kawalan Diraja dan unit-unit di bawahnya, di mana sebanyak 13 pain darah telah berjaya dikutip.

Penganjuran kempen ini bertujuan untuk menambah simpanan Tabung Darah Hospital RIPAS bagi mereka yang memerlukannya serta memberikan kesedaran akan kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa orang ramai.

Kempen Derma Darah yang diadakan sejak kelmarin itu akan diteruskan lagi esok sehingga 27 Januari ini di tempat yang berlainan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Antara anggota polis yang menyertai menderma darah tersebut.
Antara anggota polis yang menyertai menderma darah tersebut.

SONY DSC SONY DSC

ARTIKEL YANG SAMA