Polis Thai buru dua suspek pengeboman

Polis Thai buru dua suspek pengeboman

BANGKOK, 31 Ogos (AFP) – Pihak polis yang sedang menyiasat pengeboman yang paling banyak mengorbankan nyawa di Thailand telah mengeluarkan waran tangkap hari ini bagi dua suspek selepas serbuan ke atas sebuah blok pangsapuri di pinggir bandar menemukan bahan-bahan membuat bom.

Polis sedang memburu seorang wanita Thailand berusia 26 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia dalam 40an selepas penggeledahan pada hujung minggu di pangsapuri di daerah Min Buri yang menemukan baja, jam digital dan peledak bahan letupan, menurut jurucakap polis Prawut Thawornsiri melalui televisyen.

Itu berlaku selepas serbuan ke atas sebuah pangsapuri di daerah berhampiran Nong Chok Sabtu lalu, apabila polis memberkas seorang warga asing dan merampas bahan letupan dan timbunan pasport.

Serangan pada 17 Ogos ke atas sebuah kuil Hindu Bangkok telah mengorbankan 20 orang dan mencederakan lebih 100 orang.

Empat belas warga asing, tujuh dari tanah besar China dan Hong Kong, adalah antara yang terbunuh dalam letupan, yang menurut pihak junta berniat untuk melumpuhkan ekonomi yang sudah pun lembap.

Wajah kedua-dua suspek pengeboman di Thailand. - Reuters
Wajah kedua-dua suspek pengeboman di Thailand. – Reuters

A Thai identification portrait of a 26-year-old female suspect is shown in this Thai Royal Police handout

“Kami telah meluaskan pencarian kami ke beberapa buah bangunan perumahan selepas penangkapan seorang tersangka,” kata Prawut.

Gambar seorang tersangka wanita menunjukkan dia memakai hijab. Dia telah menyewa bilik yang diduduki oleh seorang lelaki warga asing, yang mana polis telah mengeluarkan waran tangkap kedua ke atasnya, menurut Prawut lagi.

Lakaran lelaki yang menunjukkan dia berambut pendek dan janggut yang baru tumbuh.

Polis telah dikritik kerana penyiasatan yang tidak menentu, yang sehingga hujung minggu ini telah menemui beberapa bukti tentang siapa dalang letupan itu. Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggung jawab.

Pasukan keselamatan telah menyerbu pangsapuri bajet berwarna merah jambu cerah di Min Buri dua kali, sekali pada hari Sabtu dan sekali lagi semalam.