Polis Thai yakin selesai siasatan bulan ini

Polis Thai yakin selesai siasatan bulan ini

BANGKOK, 10 Jun (Reuters) – Polis Thailand berkata hari ini mereka sedang mengakhiri siasatan ke terhadap geng penyeludupan manusia, dan merancang menghantar laporan hasil dapatan mereka kepada Peguam Negara pada akhir Jun.

Thailand memulakan tindakan keras di seluruh negara ke atas rangkaian penyeludupan manusia dan kem yang disyaki di dalam hutan ekoran penemuan lebih 30 mayat yang dikebumikan dalam kem penyeludupan manusia di selatan wilayah Songkhla pada bulan lalu.

Pegawai polis, anggota politik dan seorang jeneral tentera adalah antara 53 orang yang ditahan dalam siasatan terbesar oleh polis Thailand. Waran tangkap telah pun dikeluarkan terhadap kira-kira 90 suspek, dengan 36 orang masih bebas.

“Kami fikir siasatan polis akan diselesaikan pada hujung bulan ini,” beritahu Ketua Polis Negara Somyot Pumpanmuang kepada para wartawan.

“Kami akan serahkan kes berkenaan kepada peguam negara pada akhir Jun,” tambah beliau.

“Mereka yang belum ditahan boleh dibicarakan terus kerana kami akan memberikan terus nama-nama mereka.”

Polis di Malaysia mengumumkan penemuan 139 kubur di kem hutan yang disyaki digunakan penyeludup bulan lalu. Lebih 4,500 penghijrah mendarat di Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Bangladesh sejak Thailand melancarkan tindakan kerasnya ke atas rangkaian penyeludupan manusia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan kira-kira 2,000 orang mungkin masih terkandas di laut.

ARTIKEL YANG SAMA