Polis Thailand dikaitkan dengan serangan bom

Polis Thailand dikaitkan dengan serangan bom

Bangkok, 15 Sept (AFP) – Ketua Polis Thailand hari ini dikaitkan dengan pengeboman di Bangkok yang dikatakan dilakukan puak Uighurs China dan salah seorang peguam daripada dua orang suspek asing yang ditahan mengesahkan anak guamnya berasal daripada minoriti Islam.

Pada 17 Ogos pengeboman membunuh 20 orang, majoriti daripada mereka pelancong etnik Cina, meningkatkan kemungkinan wujudnya kaitan dengan militan atau penyokong Uighur, kumpulan etnik yang mengatakan mereka berdepan penganiayaan teruk di China.

Sebulan sebelum itu, Thailand telah menghantar pulang secara paksa lebih daripada 100 pelarian Uighur ke China, mencetuskan kecaman antarabangsa dan bantahan ganas di Turki, di mana pelampau nasionalis melihat minoriti sebagai sebahagian daripada keluarga Turki berbahasa global.

Polis menyalahkan sekumpulan penyeludup bagi serangan itu, didorong atas dasar membalas dendam untuk tindakan keras ke atas perdagangan yang menguntungkan mereka di Thailand.

“Puncanya merupakan rangkaian penyeludupan manusia. Rangkaian memindahkan Uighur dari satu negara ke negara lain.

Pihak berkuasa Thailand telah memusnahkan atau menghalang perniagaan perdagangan manusia mereka,” Somyot Poompanmoung memberitahu wartawan kelmarin, menjelaskan motif yang jelas untuk serangan itu.

Kebanyakkan Muslim Uighurs telah lama menuduh Beijing bagi penindasan agama dan budaya di rantau Xinjiang barat jauh China, dengan beratus-ratus pelarian dipercayai telah melarikan diri pada tahun-tahun kebelakangan ini, sering menuju ke Turki melalui Asia Tenggara.