Polis Tutong juarai futsal polis

Polis Tutong juarai futsal polis

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Abdul Hakiim Yakof

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Pasukan Polis Daerah Tutong tampil juara dalam kejohanan futsal anjuran Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL) bagi tahun 2016 selepas menewaskan Pasukan Polis Daerah Brunei dan Muara semalam.

Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya (JKR), Lapangan Terbang Lama Berakas itu dihadiri oleh Pemangku Pengarah JSKLL Gadong, Senior Superintendent Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan seterusnya menyampaikan hadiah berupa pingat dan plak kepada para pemenang.

Tampil di tempat ketiga ialah Pasukan Polis Daerah Temburong, diikuti Pasukan Polis Daerah Belait di tempat keempat. Sementara Pasukan JSKLL dan Pasukan Jabatan Peguam Negara, masing-masing di tempat kelima dan keenam.

Salah seorang ahli pasukan juara menerima hadiah daripada tetamu kehormat (kanan).
Salah seorang ahli pasukan juara menerima hadiah daripada tetamu kehormat (kanan).

ARTIKEL YANG SAMA