Polis Zimbabwe temui mayat 3 pelombong haram

Polis Zimbabwe temui mayat 3 pelombong haram

HARARE, 3 Mac (Reuters) – Polis Zimbabwe telah menemui mayat tiga pelombong haram berlian, dan pencarian bagi tujuh orang lagi yang masih hilang, seminggu selepas kerajaan mengharamkan operasi di syaf berlian, menurut seorang jurucakap hari ini.

Menteri perlombongan pada 22 Februari lalu telah mengarahkan semua syarikat yang beroperasi di Marange, berhampiran Mozambique, supaya menghentikan perlombongan dan meninggalkannya kerana lesen mereka telah mansuh.

Mayat-mayat itu ditemui di syaf di Marange miliki Diamond Mining Company, menurut jurucakap wanita polis Charity Charamba.

“Kami terpaksa menghubungi unit bawah air kerana kawasan itu bertakung air. Kami memahami mungkin sehingga tujuh orang terperangkap,” katanya lagi.

Kawasan berlian Marange, 400 km timur Harare, adalah tumpuan kontroversi apabila 20,000 pelombong haram diserang pada tahun 2008 dan kemudian secara paksa dialihkan oleh tentera dan polis.

Kumpulan hak asasi kemanusiaan berkata sehingga 200 orang terbunuh ketika pengalihan itu tetapi kerajaan Presiden Robert Mugabe menafikan dakwaan itu.

Mahkamah Tinggi pada Isnin lalu membenarkan lombong terbesar di Marange, Mbada Diamonds, untuk kembali dan mengawal semua aset selepas mencabar tegahan kerajaan ke atas operasi perlombongan.

Sesi dengar penuh tentang sama ada Mbada boleh menyambung semula perlombongan telah bermula semalam dan akan diteruskan hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA