Politeknik Brunei anjur Hari Terbuka 25 Feb ini

Politeknik Brunei anjur Hari Terbuka 25 Feb ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Feb – Bagi memudahkan para pelajar menentukan hala tuju seterusnya selepas menerima keputusan ‘O’ Level baru-baru ini, Politeknik Brunei akan mengadakan Hari Terbuka Politeknik Brunei pada 25 Februari ini di Sekolah Sains dan Kejuruteraan (Kampus Lumut), Simpang 664, Kampung Lumut, Belait.

Hari Terbuka sempena pengambilan bulan Julai ini, itu akan diadakan selama sehari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang yang menawarkan program diploma tiga tahun kepada pelajar-pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya 5 keputusan kredit GCE Peringkat ‘O’ dalam subjek-subjek tertentu, dan yang mempunyai kelayakan Sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Dengan membawa tema ‘#pbskillfulgeneration’, Politeknik Brunei pada hari tersebut juga akan menawarkan program diploma tiga tahun dalam jurusan Sains Kesihatan.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk berkunjung dan seterusnya melawat ke meja-meja pameran yang disediakan oleh sekolah-sekolah di bawah Politeknik Brunei iaitu Sekolah Perdagangan, Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Sekolah Informasi dan Teknologi Komunikasi dan Sekolah Sains Kesihatan bagi bertanyakan program-program diploma yang ditawarkan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman portal rasmi Politeknik Brunei di www.pb.edu.bn.

ARTIKEL YANG SAMA