Politeknik Brunei kunjungi Jabatan Penerangan

Politeknik Brunei kunjungi Jabatan Penerangan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Mac – Seramai 25 orang pelajar dan dua orang guru pengawas Politeknik Brunei mengadakan lawatan ke Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, hari ini, di sini.

Rombongan lawatan dialu-alukan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar.

Sebelum mengadakan lawatan ke sekitar jabatan berkenaan, rombongan diberikan taklimat terlebih dahulu oleh Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli@Haji Ramli yang antara lain menyentuh peranan utama jabatan ini dalam menjaga imej raja, negara serta kerajaan sebagai lidah dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan berita mengenai dasar kerajaan.

Pada sesi taklimat yang berlangsung di Bilik Persidangan, Bangunan Tambahan Ibu Pejabat Jabatan Penerangan, Awang Ali Termizzi juga menjelaskan mengenai strategi kerja jabatan yang disalurkan melalui media cetak seperti akhbar rasmi kerajaan ‘Pelita Brunei’.

Awang Ali Termizzi menyampaikan taklimat kepada rombongan dari Politeknik Brunei.
Awang Ali Termizzi menyampaikan taklimat kepada rombongan dari Politeknik Brunei.

Selain itu, melalui Komunikasi Bersemuka atau berdudun dan juga Media Baru iaitu ‘Facebook’ melalui pautan ‘Jabatan Penerangan Jabatan Perdana Menteri’, Instagram melalui pautan @infodept.bn dan Twitter melalui @infodept_bn.

Di samping itu, para rombongan berpeluang berinteraksi melalui sesi soal jawab dan lawatan ringkas ke Pameran Mini Jabatan Penerangan, Unit Perkhidmatan Foto dan ke Bahagian Pelita Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA