Politeknik Brunei, Maybank serah hasil projek sempena Hari CSR Global

Politeknik Brunei, Maybank serah hasil projek sempena Hari CSR Global

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Politeknik Brunei dan Maybank Brunei Berhad, semalam, telah menyerahkan sumbangan barangan yang dikumpulkan menerusi projek bersama sempena Hari Tanggungjawab Korporat (CSR) Global Maybank 2016.

Penyerahan sumbangan berkenaan telah diadakan di kawasan letak kereta, Jalan Bendahara di ibu negara, di mana sumbangan berkenaan dijual semula kepada orang ramai dalam acara jualan garaj SMARTER.

Pada majlis itu, sumbangan diserahkan oleh Ketua Perbankan Perniagaan dan Transaksi, Bobby Sia kepada Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai yang seterusnya menyerahkannya kepada SMARTER.

Hari CSR Global Maybank 2016 membawa tema ‘Conserve. Preserve. Sustain-Preserving the Environment for Sustainable Living’ untuk memupuk kreativiti belia dan kepintaran melalui pertandingan kitar semula selain merealisasikan Bandar Seri Begawan sebagai bandar hijau.

Denis Ho menyampaikan sumbangan kepada Presiden SMARTER Brunei, Awang Malai Haji Abdullah bin Awang Malai Haji Othman. – Gambar oleh James Kon
Denis Ho menyampaikan sumbangan kepada Presiden SMARTER Brunei, Awang Malai Haji Abdullah bin Awang Malai Haji Othman. – Gambar oleh James Kon

ARTIKEL YANG SAMA