Politeknik Brunei terima sumbangan wakaf buku

Politeknik Brunei terima sumbangan wakaf buku

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Politeknik Brunei semalam menerima sumbangan wakaf buku-buku peribadi daripada Pengarah Urusan QG Technologies Sdn Bhd, Haji Azaman bin Haji Suleiman dalam majlis yang berlangsung di Bilik Perpustakaan Kampus Utama Ong Sum Ping institusi itu.

Hadir menerima wakaf itu ialah Pemangku Penolong Pengarah Politeknik Brunei, Awang Alias bin Haji Abu Bakar.

Buku-buku yang disumbangkan merupakan koleksi buku-buku teknikal Haji Azaman yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Komputer dan Teknologi Maklumat di Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal.

Sumbangan tersebut diharap dapat menambah dan mempelbagaikan koleksi buku-buku yang ada di perpustakaan Politeknik Brunei, menjadi bahan bacaan dan rujukan perkongsian ilmu dan kepandaian warganya, memperoleh material tertentu yang tidak ada lagi dalam simpanan kedai buku, agen dan penerbitnya serta mengembangkan kerjasama dengan agen, institusi dan orang perseorangan.

Dalam majlis tersebut, Haji Azaman turut menerima sijil penghargaan atas sumbangan tersebut daripada Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai.

Antara koleksi buku yang disumbangkan oleh Haji Azaman.
Antara koleksi buku yang disumbangkan oleh Haji Azaman.