Politeknik terima kunjungan dari Malaysia

Politeknik terima kunjungan dari Malaysia

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Ogos – Sekolah Sains dan Kejuruteraan di Kampus Lumut, Politeknik Brunei, baru-baru ini, telah menerima lawatan daripada rombongan Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar Perak, Malaysia.

Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Neta Suredah Baharum dan terdiri daripada 28 pelajar jurusan sarjana muda dan tujuh orang pensyarah itu dialu-alukan oleh Pengarah Politeknik Brunei, Denis Ho Mun Tai; Penolong Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Haji Mohammad Reizal bin Mohammad Ali; pemangku penolong pengarah, ketua-ketua jabatan, ketua sekolah, para pensyarah dan pelajar.

Lawatan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan silaturahim dan memahami sistem pendidikan di Politeknik Brunei di samping menerokai peluang-peluang kerjasama antara Politeknik Brunei dan Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar Perak.

Lawatan juga diisikan dengan sesi pembentangan ringkas mengenai program-program dan aktiviti yang sedang dijalankan oleh Politeknik Brunei dan UiTM Seri Iskandar Perak, Malaysia dan diakhiri dengan sesi soal jawab sebelum memulakan lawatan kampus tersebut.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah wakil-wakil dari Jabatan Seni Bina, Dr. Asmalia Che Ahmad, Dr. Suzana Said, Rosmawati Mohamed, Ahmad Faiz Hasan Nazeri dan Izat Anuar.

Pengarah Politeknik Brunei bergambar ramai bersama warga Politeknik Brunei dan rombongan dari Malaysia.
Pengarah Politeknik Brunei bergambar ramai bersama warga Politeknik Brunei dan rombongan dari Malaysia.

Lawatan kerja dimulakan dengan pembentangan ringkas mengenai program-program dan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Politeknik Brunei dan UiTM Seri Iskandar Perak, Malaysia. Mesyuarat itu diakhiri dengan sesi soal jawab dan juga lawatan ke Kampus Politeknik Brunei.

Dalam lawatan itu, rombongan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar Politeknik Brunei seperti Tarian Aduk-Aduk, Tarian Tudung Dulang dan persembahan muzik.

Selain daripada itu, ahli-ahli rombongan UiTM Seri Iskandar Perak turut memperkenalkan Dikir Barat, Wau Bulan dan Silat Persembahan.

Rombongan yang telah berada di negara ini bermula 31 Julai lalu sehingga hari ini telah berpeluang melawat pelbagai tempat-tempat menarik di negara ini, seperti Tamu Kianggeh, Kampong Ayer, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, Pekan Seria, Taman Permainan Jerudong Park dan Pusat Penemuan Minyak dan Gas.

ARTIKEL YANG SAMA