Politeknik tidak ditutup

Politeknik tidak ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Politeknik Brunei memaklumkan bahawa tiada sebarang makluman dibuat mengenai penutupan pengajian di institusi berkenaan akibat jerebu buat masa ini dan Politeknik Brunei adalah beroperasi seperti biasa.

Pemberitahuan ini dibuat dalam kenyataan Politeknik Brunei yang dikeluarkan di sini, hari ini, berikutan tersebarnya teks pesanan ringkas yang mendakwa makluman daripada pentadbiran Politeknik Brunei mengenai operasi pembelajaran di Politeknik Brunei akibat jerebu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak Politeknik Brunei akan sentiasa bekerja rapat dengan pihak-pihak berkenaan terutamanya dengan pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan bagi mendapatkan nasihat yang bersesuaian berkenaan keadaan jerebu atau mana-mana perkara berkaitan.

Sebarang pemakluman hanya akan dibuat secara kenyataan rasmi melalui saluran-saluran rasmi. Sehubungan itu, Politeknik Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih dan palsu serta boleh mengelirukan orang awam.

Orang ramai juga diingatkan bahawa penyebaran berita ataupun makluman yang palsu boleh diambil tindakan dan didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA