Politik Australia dicerobohi mafia Itali?

Politik Australia dicerobohi mafia Itali?

SYDNEY, 29 Jun (Reuters) – Dua pertubuhan media Australia melaporkan hari ini bahawa politik Australia telah dicerobohi pada peringkat tinggi oleh mafia Itali, walaupun tidak timbulnya cadangan mengenai hubungan langsung di antara penggubal undang-undang dan sindiket penjenayah.

Satu siasatan selama setahun oleh Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dan media Fairfax mendapati satu elemen mafia Calabria, dikenali sebagai ‘Ndrangheta, telah menggunakan beberapa penderma terkenal daripada kedua-dua pihak politik Australia untuk mengesahkan kegiatannya.

Laporan berkata seorang lelaki “yang mempunyai hubungan rapat dengan pertubuhan mafia” bertemu dengan perdana menteri pada masa itu John Howard dan pegawai kanan parti lain pada satu acara mengumpul dana untuk Parti Liberal pada awal 2000.

Tidak terdapatnya cadangan mengatakan Howard mengetahui mengenai hubungan penjenayah lelaki berkenaan. Dalam satu lagi kejadian lain, anak lelaki seorang bos mafia mempunyai pengalaman kerja di kedutaan Australia di Rom sementara bekas menteri Liberal Amanda Vanstone adalah seorang duta, katanya. Sekali lagi, tidak adanya cadangan yang menunjukkan Vanstone mengetahui mengenai hubungan tersebut.

Menurut satu laporan polis rahsia pada 2013, ‘Ndrangheta telah menggunakan beberapa penderma parti terkenal untuk meletak “wajah orang awam yang tidak bersalah” pada aktivitinya,” kata laporan.

‘Ndrangheta dan rakan kumpulan mafia Calabria telah lama menjadi kuasa ekonomi berpengaruh di selatan Itali disebabkan peranan mereka sebagai pengimport terbesar kokain Amerika Selatan di Eropah.

Pengaruh mereka telah merebak ke utara ketika kemelesetan ekonomi sekarang ke bandar termasuk Rom, Milan dan Bologna, di mana ia telah menggunakan kekayaannya untuk membeli pengaruh politik.

Pejabat pendakwa anti-mafia Itali berkata dalam satu laporan pada Februari bahawa syarikat “yang dibiayai oleh ‘Ndrangheta” lama-kelamaan menjadi “calon utama dalam pelbagai sektor yang dikendalikan oleh mereka,” yang termasuk perjudian sah, trak, dan restoran dan perniagaan hotel.

ARTIKEL YANG SAMA