Polo Amal bantu kanak-kanak kanser

Polo Amal bantu kanak-kanak kanser

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Feb – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang ini berkenan berangkat menyertai perlawanan akhir Polo Amal bagi Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

Dalam perlawanan akhir itu Pasukan Black diketuai Kebawah Duli Yang Maha Mulia muncul juara selepas mengalahkan Pasukan Red yang diketuai paduka anakanda Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan kiraan 5-4 dalam empat caka.

Berangkat menyaksikan perlawanan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Juga berangkat paduka-paduka adinda dan anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Pada perlawanan tersebut, Baginda Sultan telah membuka jaringan bagi Pasukan Black. Turut menjaringkan gol bagi Pasukan Black ialah paduka anakanda Baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Srivaddhanaprabha dan Pablo Macdonough.

Baginda Sultan berkenan mengabadikan kenangan bersama warga YASKA pada akhir majlis perlawanan akhir Kejohanan Polo Amal  Piala Richard Mille di Royal Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.
Baginda Sultan berkenan mengabadikan kenangan bersama warga YASKA pada akhir majlis perlawanan akhir Kejohanan Polo Amal Piala Richard Mille di Royal Polo and Riding Club, Jerudong, kelmarin.
Richard Mille menyembahkan Piala Kejohanan Polo Richard Mille Pro-M kehadapan majlis Baginda Sultan selaku juara kejohanan berkenaan di Royal Polo and Riding Club, Jerudong kelmarin.
Richard Mille menyembahkan Piala Kejohanan Polo Richard Mille Pro-M kehadapan majlis Baginda Sultan selaku juara kejohanan berkenaan di Royal Polo and Riding Club, Jerudong kelmarin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan dijunjung untuk bergambar ramai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta DYTM Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan dijunjung untuk bergambar ramai.
Baginda Sultan, DYTM Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta paduka-paduka anakanda Baginda berkenan bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Baginda Sultan, DYTM Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta paduka-paduka anakanda Baginda berkenan bergambar ramai bersama pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.
Baginda Sultan ketika beraksi bersama YTM Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah mewakili Pasukan Black menentang Pasukan Red  yang dipimpin oleh YTM Pengiran Muda ‘Abdul Mateen  dalam perlawanan akhir polo amal di Jerudong kelmarin.

Baginda Raja Isteri semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir polo amal kelmarin. – Gambar Infofoto
Baginda Raja Isteri semasa berkenan berangkat menyaksikan perlawanan akhir polo amal kelmarin. – Gambar Infofoto

Sementara jaringan bagi Pasukan Red dibuat oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Vichai Sriaddhanaprabha, Lucas Monteverde dan Farid Abdullah.

Sebagai juara Pasukan Black memenangi Piala Emas Richard Mille.

Pasukan Red mendapat tempat kedua manakala Pasukan Grey yang diketuai paduka adinda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah menduduki tempat ketiga dan memenangi Piala Perak Richard Mille.

Seterusnya Pasukan White, pimpinan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi di tempat keempat dan Pasukan Yellow diterajui Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul ‘Ali Yil-Kabier mendapat tempat kelima.

Sebagai raja yang prihatin, Kebawah Duli Yang Maha Mulia memberi perhatian Baginda dengan beramah mesra bersama kanak-kanak dari Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA).

Baginda juga berkenan menerima pesambah berupa jambangan bunga dan seterusnya bergambar ramai bersama warga YASKA yang turut menyaksikan perlawanan tersebut hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA