POLSARA rai 25 tahun

POLSARA rai 25 tahun

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei Yang Bersara (POLSARA), hari ini, merasmikan ulang tahun penubuhannya yang 25 tahun dalam majlis yang berlangsung di Dewan Serba guna Pusat Latihan Polis, Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Bahrin bin Mohd Noor yang dialu-alukan oleh Pengerusi Majlis, Dato Paduka Pengiran Haji Salim bin Pengiran Wahid.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Haji Abdul Ghani bin Haji Mohd Noor sebelum diteruskan dengan ucapan oleh pengerusi majlis dan ucapan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Ya’akub kemudian ucapan daripada tetamu kehormat majlis.

Antara ahli POLSARA berjasa yang diraikan, kelmarin.
Antara ahli POLSARA berjasa yang diraikan, kelmarin.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
Dato Paduka Seri Haji Bahrin ketika menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
Antara bekas-bekas ahli POLSARA yang turut hadir ke majlis itu.
Antara bekas-bekas ahli POLSARA yang turut hadir ke majlis itu.

Kemudian, majlis diserikan dengan dendangan syair bertajuk ‘POLSARA’ oleh Haji kamis bin Abdullah yang disusuli dengan Dikir Marhaban.

Kemuncak majlis sambutan bertema ‘Jasamu Dikenang, Baktimu Diabadikan’ ini adalah penyampaian cenderamata kepada bekas-bekas ahli POLSARA yang berjasa dan berbakti kepada negara, bangsa serta negara melalui tugas masing-masing dalam Pasukan Polis Diraja Brunei suatu ketika dahulu.

ARTIKEL YANG SAMA