Pondok bot ekspress ke Temburong dipindahkan

Pondok bot ekspress ke Temburong dipindahkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya memaklumkan bahawa pondok penjualan tiket tambang ke Temburong, bertempat di kawasan Gerai Makan Jalan Residency, akan ditutup bermula pada esok untuk memberi laluan kerja-kerja pembinaan bagi Projek Pembesaran Jalan Residency Fasa 2.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pondok penjualan tiket tersebut akan dipindahkan ke kawasan letak kereta berdekatan dengan jeti yang sedia ada iaitu berhadapan dengan Bumbungan Dua Belas.