Pondok tiket tambang ke Temburong dipindahkan

Pondok tiket tambang ke Temburong dipindahkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya memaklumkan bahawa pondok penjualan tiket tambang ke Daerah Temburong, bertempat di kawasan Gerai Makan Jalan Residency, akan ditutup bermula pada esok (Sabtu, 12 November) untuk memberi laluan kerja-kerja pembinaan bagi Projek Pembesaran Jalan Residency Fasa 2.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pondok penjualan tiket tersebut akan dipindahkan ke kawasan letak kereta berdekatan dengan jeti yang sedia ada iaitu berhadapan dengan Bumbungan Dua Belas.

Sehubungan itu, orang ramai terutama penumpang-penumpang yang menggunakan perkhidmatan bot tambang bagi perjalanan dari Bandar Seri Begawan ke Daerah Temburong yang ingin membuat aduan atau mendapatkan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam: 123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam atau emel: pro@pwd.gov.bn.

ARTIKEL YANG SAMA