PopoiBN menyediakan khidmat kiub di Pesta Pengguna ke-17

PopoiBN menyediakan khidmat kiub di Pesta Pengguna ke-17

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jan – Syarikat perkhidmatan pengurusan PopoiBN memberi peluang kepada peniaga kecil-kecilan untuk menyertai Pesta Pengguna ke-17 yang akan berlangsung pada 27 hingga 31 Januari depan dengan menyediakan slot jenis kiub.

Menerusi perkhidmatan kiub berkenaan, para peniaga boleh menjual apa jua jenis produk minuman, makanan dan produk unik mereka semasa pesta pengguna besar-besaran itu yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Pemilik PopoiBN, Dayang Sabrina Sallehuddin berkata, mereka yang belum mendapatkan sebarang pekerjaan, peluang ini membolehkan mereka atau para peniaga kecil dan sederhana untuk mempamerkan produk mereka sempena pesta yang pernah dikunjungi lebih 10,000 orang sebelum ini.

Dengan kunjungan yang begitu ramai, produk para peserta sudah setentunya akan mendapat pendedahan secara lebih luas lagi bagi pasaran Negara Brunei Darussalam mahu pun luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA