Poppel tawan peringkat ke-12 Vuelta

Poppel tawan peringkat ke-12 Vuelta

LLEIDA, Sepanyol, 4 Sept (AFP) – Penunggang dari Belanda Danny van Poppel memenangi peringkat ke-12 Vuelta Sepanyol semalam ketika pemenang Jelajah Perancis Chris Froome menjadi nama terbesar terbaru menarik diri daripada perlumbaan tersebut.

Froome berazam untuk menjadi penunggang ketiga memenangi Jelajah dan Vuelta pada tahun yang sama, tetapi peluangnya berakhir dengan kemalangan pada pendakian 138km melalui Andorra dan imbasan yang dilakukan semalam menunjukkan tulang jari kakinya retak.

Van Poppel mengatasi penunggang Afrika Selatan, Daryl Impey dan Tosh van der Sande dari Belgium untuk menguasai peringkat 173km dari Escalades ke Lleida dengan catatan masa 4:02:11saat ketika John Degenkolb dari Jerman sekali lagi kecewa dalam pemburuannya untuk memenangi peringkat itu.

Tiada perubahan besar dalam klasifikasi umum, jadi Fabio Aru dari Itali mengekalkan jersi merah pendahuluan dengan 27 saat dari Joaquim Rodriguez dari Sepanyol dengan Tom Dumoulin dari Belanda ketinggalan tiga saat di belakang.

Danny Van Poppel meraikan kemenangan ketika merentasi garisan penamat peringkat ke-12 Vuelta Sepanyol sejauh 173km di antara Escaldes-Engordany dan Lleida semalam. – AFP
Danny Van Poppel meraikan kemenangan ketika merentasi garisan penamat peringkat ke-12 Vuelta Sepanyol sejauh 173km di antara Escaldes-Engordany dan Lleida semalam. – AFP

Froome menyertai senarai penunggang terbaik termasuk Peter Sagan, Tejay van Garderen dan Dan Martin yang dipaksa menarik diri daripada perlumbaan kerana kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan, sementara pemenang Jelajah Perancis 2014, Vincenzo Nibali dibatalkan pada peringkat kedua kerana ditarik oleh kereta pasukan Astana.

“Saya merasa terkejut meninggalkan perlumbaan tetapi kecederaan yang saya alami pada peringkat semalam terlalu sukar untuk diteruskan,” kata Froome.

“Saya mengalami kemalangan teruk di sebelah kanan dan impak utama adalah ke atas kaki kanan saya. Saya terdesak untuk bangun dan menamatkan peringkat dan rakan sepasukan saya melakukan dengan baik untuk membawa saya melaluinya, tetapi ketika saya turun dari basikal, saya tidak dapat meletakkan sebarang berat di sebelah kanan.”

Kontroversi bertambah ketika Tinkoff-Saxo bermula hanya selepas langkah lebih selamat diperkenalkan bagi melindungi penunggang selepas Sergio Paulinho menjadi penunggang kedua dari pasukan Rusia dipaksa berhenti selepas terlanggar motosikal krew televisyen.

ARTIKEL YANG SAMA