Populariti Abe jatuh

Populariti Abe jatuh

TOKYO, 21 Sept 2015 (AFP) – sokongan rakyat Jepun untuk Perdana Menteri Shinzo Abe telah menurun pada hari-hari kebelakangan sejak parti pemerintah itu meluluskan dasar undang-undang membenarkan tentera negara untuk berjuang di luar negara, tinjauan pendapat yang dipaparkan pada Isnin.

Parlimen di negara ini secara rasmi meluluskan dasar undang-undang keselamatan awal Sabtu lalu sebagai satu langkah yang boleh melihat tentera Jepun melibatkan diri dalam pertempuran di luar negara buat kali pertama sejak berakhirnya Perang Dunia II.

Satu tinjauan hujung minggu yang diambil oleh bahagian jualan, akhbar Yomiuri Shimbun menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap kerajaan Abe susut empat mata kepada 41 peratus berbanding kajian yang sama diambil pada pertengahan Ogos.

Kedudukan penolakan naik enam mata kepada 51 peratus, kata Yomiuri.

Sokongan rakyat Jepun terhadap Shinzo menurun sejak parti pemerintah itu meluluskan dasar undang-undang keselamatan baru. - AFP
Sokongan rakyat Jepun terhadap Shinzo menurun sejak parti pemerintah itu meluluskan dasar undang-undang keselamatan baru. – AFP
Orang ramai mengadakan perhimpunan menentang dasar yang sudah diluluskan oleh Abe di Tokyo. – AFP
Orang ramai mengadakan perhimpunan menentang dasar yang sudah diluluskan oleh Abe di Tokyo. – AFP

Satu tinjauan berasingan pula diambil oleh liberal Asahi Shimbun yang menunjukkan kedudukan peratusan kerajaan untuk meluluskan dasar undang-undang tersebut menurun satu mata kepada 35 peratus berbanding kajian yang diambil minggu lalu, manakala Kedudukan penolakan menaik tiga mata kepada 45 peratus.

Dan perniagaan harian Nikkei menunjukkan kedudukan peratusan kerajaan meluluskan dasar itu menurun sebanyak enam mata kepada 40 peratus, manakala penolakan melonjak naik kepada tujuh mata kepada 47 peratus.

Walau bagaimanapun, Yomiuri melaporkan penyokong Abe berasa lega kerana melihat penurunan peratusan hanya ditahap yang sederhana dalam sokongan orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA