Populariti Duterte meningkat

Populariti Duterte meningkat

MANILA, 6 Okt – Populariti Presiden Filipina Rodrigo Duterte meningkat ketika dalam tempoh tiga bulan pertama beliau sebagai presiden, menurut tinjauan bebas hari ini, dalam sokongan yang jelas oleh rakyat Filipina kepada usaha beliau memerangi jenayah.

Sekutu pertahanan AS, PBB dan Kesatuan Eropah mendahului kecaman sejagat terhadap tindakan jenayah Duterte yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini, yang telah mengorbankan lebih 3,000 orang dan membangkitkan kebimbangan pembunuhan beramai-ramai di luar bidang kehakiman.

Bagaimanapun 76 peratus rakyat Filipina yang ditinjau oleh Social Weather Stations mengatakan mereka ‘berpuas hati’ dengan prestasi Duterte, dengan hanya 11 peratus dilaporkan ‘tidak berpuas hati’ dan yang lain teragak-agak memberi jawapan.

Kumpulan peninjau yang beribu pejabat di Manila telah meninjau 1,200 orang dewasa di seluruh negara dari 24-27 September, dengan mengajukan pertanyaan kepada mereka tentang prestasi Duterte sebagai presiden tanpa merujuk kepada usaha beliau memerangi dadah.

Reaksi Rodrigo Duterte semasa beliau menyampaikan ucapannya kepada anggota tentera di Manila, Selasa lalu. – AFP
Reaksi Rodrigo Duterte semasa beliau menyampaikan ucapannya kepada anggota tentera di Manila, Selasa lalu. – AFP

Duterte telah memenangi pilihan raya bulan Mei lalu yang dianggap kemenangan besar-besaran, tetapi masih dengan hanya 37.6 peratus undi. Di Filipina, pilihan raya presiden hanya ditentukan dengan sesiapa saja yang meraih paling banyak undi, dan saingan terdekatnya meraih 22.6 peratus.

Duterte, ahli politik wilayah meraih kemenangan sebahagian besarnya dengan janji beliau untuk membasmi jenayah dalam tempoh enam bulan. Beliau berjanji berpuluh-puluh ribu orang akan dibunuh dalam tindakan jenayah beliau dan beliau akan mengampunkan dirinya sendiri dan polis jika mereka didakwa dengan pembunuhan beramai-ramai.

Sejak menyandang jawatannya pada 30 Jun, Duterte meneruskan ancamannya dan menggalakkan untuk membunuh, sementara mengeluarkan kata-kata makian dan bidasan kesat terhadap pengkritiknya. Minggu lalu beliau berkata, beliau akan ‘merasa gembira menyembelih’ tiga juta penagih dadah, ketika beliau menyamakan perangnya ke atas jenayah dengan usaha pemimpin Nazi Adolf Hitler untuk menghapuskan orang Yahudi. – AFP