Populasi gajah Afrika susut 30 peratus

Populasi gajah Afrika susut 30 peratus

NAIROBI, 2 Sept – Keputusan dari tinjauan udara selama tiga tahun terhadap gajah Afrika telah dikeluarkan semalam dan menunjukkan penurunan dramatik sebanyak 30 peratus pada populasi gajah savanna, yang sebahagian besarnya adalah disebabkan pemburuan haram.

“Kami berjaya melengkapkan kajian skala besar-besaran kami, dan apa yang kami pelajari adalah amat membimbangkan,” kata Paul Allen, pengasas dan jutawan Microsoft yang menghabiskan AS$7 juta (€ 6.3 juta) yang telah membiayai banci tersebut.

Kaji selidik yang pertama seumpamanya dijalankan itu adalah banci hidupan liar yang terbesar pernah diadakan yang melibatkan penerbangan keatas 18 negara-negara Afrika hasil kerjasama saintis danahli pemuliharaan yang telah mengira gajah-gajah hidup dan juga bangkai-bangkai yang ada bagi mewujudkan garis pandu untuk kajian masa depan populasi gajah dan cara untuk melindungi mereka dengan yang lebih baik lagi.

Kajian Great Elephant Census (GEC), adalah sebuah program selama tiga tahun bermula pada bulan Disember 2013 yang melibatkan 81 buah kapal terbang dan 286 anak kapal terbang dengan jarak 463,000 kilometer keatas lebih 18 negara, kata James Deutsch, sebuah syarikat pelaburan Vulcan Inc Allen.

Sejumlah 352,271 ekor gajah telah dikira semasa kaji selidik itu, mewakili penurunan sebanyak 30 peratus antara 2007-14 bersamaan dengan 144,000 ekor gajah.

Pada masa ini populasi gajah savana semakin berkurangan pada kadar lapan peratus setahun, menurut kajian itu. – AFP