Porsche Boxster unggul

Porsche Boxster unggul

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Rekaan lebih unggul dan sportif ternyata sesuatu yang menarik perhatian penulis apabila mula-mula diperkenalkan dengan Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S serba baru dalam sesi uji pandu pengamal media tempatan bagi kereta mewah itu yang diedarkan secara eksklusif oleh Syarikat QAF Eurokars.

Kedua-duanya yang bakal dilancarkan pada 29 Julai ini nanti, mempamerkan ciri-ciri hebat ketika uji pandu dari Bilik Pameran QAF Eurokars di Beribi ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dengan perubahan teknologi melengkapinya termasuklah Porsche Stability Management (PSM) dengan mod PSM Sport terbaru, meluncurkan kereta itu dengan begitu lancar.

Manakala sistem dual ekzos, suspensi menggunakan Porsche Active Suspension Management (PASM) bagi model S dan sistem minyak yang dipertingkatkan, menambahkan lagi kehebatan kereta ini.

Kereta berhud dua tempat duduk ini dikuasakan dengan enjin 2.0 bagi model 718 Boxster, mampu menghamburkan kuasa sehingga 220 kW, manakala 718 Boxster S 2.5 L, mampu memecut sehingga 350 kW.

Penulis dari Media Permata dan Borneo Bulletin menjalankan uji pandu keluaran model terbaru Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S sebelum ianya dilancarkan pada 29 Julai ini nanti.
Penulis dari Media Permata dan Borneo Bulletin menjalankan uji pandu keluaran model terbaru Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S sebelum ianya dilancarkan pada 29 Julai ini nanti.
Ruangan dalam Porsche 718 Boxster.
Ruangan dalam Porsche 718 Boxster.
Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S akan mula dipasarkan di negara ini.
Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S akan mula dipasarkan di negara ini.

Ia juga seronok dipandu kerana respons kawalan stereng yang sangat ringan untuk membuat pusingan atau lencongan, sesuai dengan prestasi dan jenamanya. Selain itu, ia menawarkan keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Manakala dari segi keselamatan, Porsche tidak pernah berkompromi, ia menampilkan cakera brek 330mm di depan dan 299 mm cakera brek di bahagian belakang, cukup kuat untuk cengkaman ketika kecemasan, selain mempunyai Multi-Collision Braking System yang mengurangkan tahap perlanggaran teruk secara automatik selepas perlanggaran awal.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan sendiri kehebatan Porsche 718 Boxster dan 718 Boxster S, bolehlah menghadiri majlis pelancaran model ini di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson pada 29 Julai ini, jam 7 malam atau mengunjungi Bilik Pameran Porsche QAF Eurokars di Beribi.

ARTIKEL YANG SAMA