Porsche catat rekod ke-5 berturut-turut

Porsche catat rekod ke-5 berturut-turut

STUTTGART, 15 Mac – Tahun 2015 adalah tahun fiskal paling berjaya dalam sejarah dan mencatatkan rekod kelima berturut-turut untuk Syarikat Dr.Ing. h.c. F. Porsche AG.

Pendapatan jualan, keuntungan operasi dan penyerahan mencecah pada tahap tinggi, begitu juga dengan jumlah pekerja.

Bagi pendapatan jualan ia telah meningkat kepada 21.5 bilion euro. Keuntungan operasi bertambah kepada 3.4 bilion euro.

Penyerahan bertumbuh 19 peratus kepada lebih daripada 225,000 kenderaan. Jumlah pekerja mencecah 24,481 pada akhir tahun, sembilan peratus lebih berbanding tahun sebelumnya.

Pada penyampaian laporan kewangan di Stuttgart-Zuffenhausen, Oliver Blume, Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG, bercakap mengenai “keputusan luar biasa walaupun berdasarkan standard Porsche.”

Oliver Blume (kiri) menyatakan tahun 2015 catat rekod paling berjaya dalam sejarah syarikat pengeluaran kenderaan Porsche AG itu.
Oliver Blume (kiri) menyatakan tahun 2015 catat rekod paling berjaya dalam sejarah syarikat pengeluaran kenderaan Porsche AG itu.

Pada awal tahun 2016, Porsche telah pun meneruskan keputusan cemerlang tahun lalu. “Porsche juga mencatat kejayaan pada tahun sekarang,” kata Blume.

Penyerahan dalam dua bulan pertama tahun ini meningkat kepada lebih daripada 35,000 kenderaan. Ia mewakili pertumbuhan 14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Selain daripada SUV, Macan dan Cayenne, harapan juga terletak pada model kereta sports 911, Boxter 718 dan Cayman 718 serta Panamera.

Meskipun permulaan yang positif pada 2016, Lutz Meschke, Timbalan Pengerusi Lembaga Eksekutif dan Anggota Lembaga Eksekutif yang bertanggungjawab atas Kewangan dan IT, mengingatkan mengenai “jangkaan yang diperbesar-besarkan.”

Paling penting, ia diperlukan untuk menghadapi pelaburan dalam model bateri-elektrik pertama Porsche, Mission E untuk Meschke, projek itu melambangkan “langkah besar ke arah masa depan jenama kami.

ARTIKEL YANG SAMA