Porsche catat rekod tertinggi penghantaran pada 2015

Porsche catat rekod tertinggi penghantaran pada 2015

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Menurut kenyataan media Pusat Porsche Brunei, Porsche menghantar lebih daripada 225,000 kereta di seluruh dunia pada tahun 2015. Stuttgart Dr Ing.h.c.F Porsche AG boleh mengenang kembali kejayaan tahun fiskal.

Dengan 225,121 kenderaan diserah kepada pelanggan di seluruh dunia, syarikat itu mencatat rekod baru pada 2015, melebihi rekod sebelumnya 189,849 kereta pada 2014 sebanyak 19 peratus.

“Angka tersebut mencerminkan daya tarikan jenama kami serta tarikan produk kami yang telah kami lancarkan di pasaran sejak beberapa tahun lalu,” kata Dr.Oliver Blume, Pengerusi Lembaga Eksekutif Porsche AG.

“Tumpuan sepenuhnya pada pembangunan, pengeluaran dan jualan kereta sport sedang membuahkan hasil.” Meskipun begitu, jualan hanya merupakan ukuran kedua penting untuk kejayaan Porsche.

“Apa yang jauh lebih penting bagi kami adalah keghairahan pelanggan, hasil pulangan jualan dan jaminan pekerjaan,” kata Blume.

Porche 911 Turbo.
Porche 911 Turbo.

Legenda 911 diteruskan tanpa henti-henti. Ikon kereta sport mencatat satu pertambahan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4 peratus dengan kurang 32,000 unit dihantar.

“Pertumbuhan ini, walaupun dalam setahun di mana model diubah, menunjukkan tahap tarikan yang mendalam untuk model 911 di pasaran,” kata Detlev von Platen, Anggota Lembaga Eksekutif untuk Jualan dan Pemasaran di Porsche AG.

Siri 911 baru, dengan 911 Turbo sebagai model kebanggaan, boleh diperoleh di pasaran Eropah pada akhir Januari 2016.Ia akan menyediakan satu lagi rangsangan dan menggabung angka penghantaran kepada tahap stabil. Jelasnya,penjana pertumbuhan adalah model SUV dan yang paling laris merupakan tambahan terbaru kepada keluarga Porsche.

Dengan lebih 80,000 kereta dihantar, Macan menjadi Porsche paling diidamkan yang boleh diperolehi sepenuhnya dalam tahun pertama. Ia diikuti oleh Cayenne (73,119 unit). Berbanding dengan tahun sebelumnya, Macan dan Cayenne mencatat angka pertumbuhan dua digit.

Untuk kali pertama, satu-satunya pasaran paling kukuh pada 2015 adalah China di mana Porsche menyerah 58,009 kenderaan. Berbanding dengan 2014, ia adalah satu pertambahan sebanyak 24 peratus.